Monday, June 25, 2012

TAULADAN UNTUK SEMUA PEMANDU


Gambar hiasan sahaja
Aritkel ini wajib dibaca semua pemandu kereta tak kira lelaki atau perempuan!Kisah ini terjadi sekitar jam 9 malam tadi setelah diminta oleh isteri yang sedang sarat mengandung untuk membelikan nasi goreng. Terbayang wajah isteri yang sedang kelaparan di rumah, saya memecut laju sedikit.

Setibanya di hadapan Petronas SKVE menghala ke Shah Alam/Banting, sebuah kereta Wira menghentam kereta saya dari belakang. "Bam!" Lantas saya berhenti ke tepi. Keadaan agak gelap walaupun banyak kereta sedang melalui lebuhraya tersebut.


Seorang lelaki berbangsa India turun dari kereta tersebut yang berhenti di belakang. Lagak jalannya macam gengster dengan tubuhnya yang besar. Saya buka tingkap dan tanya "Apa sudah jadi?""Brek tada makan la, bang!" katanya sambil memandang pada belakang kereta saya. Saya masih berada di dalam kereta."Macam mana ni, bang? teruk ni.. kemek ni.." katanya sambil menggaru-garukan kepalanya.Saya jadi serba salah juga, nampak muka mamat ni macam betul-betul bersalah. Namun saya juga teringat kisah-kisah 'langgar dan rompak' sebegini. Untuk keselamatan saya masih bertahan di dalam kereta."Bang, boleh turun tengok tak kalau boleh setel kat sini ke?" umpan mamat tu.Saya pun jadi tidak menentu, antara mahu turun dan lihat atau teruskan berada di dalam kereta.


"Mari tengok ni bang, kemek jugak ni. Kena settle ni.." tambah mamat tersebut.Saya pun matikan enjin kereta. Tarik nafas dalam-dalam dan beristighfar. Kemudian saya buka pintu perlahan-lahan. Lain macam pula rasa di dalam hati ni, seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena. Saya terus tutup pintu kereta dan meminta nombor telefon mamat tersebut.Pada mulanya mamat itu macam gabra semacam untuk berikan no telefonnya kemudian dia minta saya tunggu sekejap dan dia terus ke keretanya di belakang.Setelah itu dia berikan no telefon kepada saya untuk saya salin. Katanya itu nombor kawannya seorang lagi yang berada di dalam kereta."Besok saya call" kata saya."Tak nak turun tengok ke ni, bang?" tanya mamat tersebut.Saya gelengkan kepala dan terus memecut ke hadapan. Saya perasan ada sebuah kereta Proton Perdana berhenti di hadapan sedikit dari tempat saya berhenti tadi.Setelah sampai di restoran di Taman Equine, saya turun dan terus memeriksa belakang kereta saya.


Apa yang saya dapati ialah LANGSUNG TIADA SEBARANG KEROSAKAN!Menggeletar lutut setelah mengetahui situasi yang amat menakutkan berlaku sebentar tadi. Alhamdulillah tiada sebarang perkara yang buruk terjadi.Kepada rakan-rakan, semoga kisah ini menjadi pengajaran kepada kita termasuk saya sendiri. Nyawa lebih penting dari kerosakan kereta yang tidak seberapa.Memang kita akan berasa geram, marah atau bengang sebab yang dilanggar itu adalah sebuah kenderaan yang kita bayar setiap bulan. Tetapi pertimbangan juga HARUS diberikan kepada keselamatan nyawa sendiri.Semoga menjadi iktibar kepada kita semua.

TUKANG-TUKANG TILIK EURO 2012


SEBELUM pemasyhuran Sepanyol sebagai juara kejohanan akhir Piala Dunia 2010 kira-kira dua tahun lalu, sotong kurita yang diberi nama Paul telah mendapat perhatian awal daripada seluruh peminat bola sepak dunia.
Paul yang dipelihara di akuarium Sea Life Centre di Oberhausen, Jerman, mula mendapat tumpuan ramai kerana dikatakan mempunyai ‘kuasa’ untuk membuat tilikan tepat.
Sotong yang berasal dari Weymouth, England itu meramal tepat tujuh keputusan perlawanan pasukan Jerman, termasuk kekalahan mengejut kepada Serbia ketika saingan di peringkat kumpulan pada temasya yang berlangsung di Afrika Selatan itu.
Pada perlawanan akhir, Paul sekali lagi menjadi tumpuan apabila meramalkan kemenangan pasukan Sepanyol yang ditabal menjadi juara selepas menewaskan Belanda dengan jaringan 1-0.
Semasa ramalan dilakukan, dua kotak yang tertera bendera pasukan bertanding, diletakkan di dasar akuarium.
Sambil disaksikan masyarakat di seluruh dunia, Paul akan berenang ke arah satu kotak, mengembangkan tentakelnya dan melekap pada kotak tertera bendera pasukan yang diramal dan akan memenangi satu-satu perlawanan.
Usia Paul, bagaimanapun tidak panjang. Beberapa bulan selepas ‘persaraannya’, sotong kurita berusia dua tahun setengah itu ditemui mati di akuarium peliharaannya.
Namun, fenomena Paul tidak pernah berakhir. Tumpuan peminat-peminat bola sepak dunia kini terarah kepada spesies haiwan manakah yang mampu mewarisi keistimewaan dan kuasa tilikan Paul pada kejohanan bola sepak Eropah (Euro) 2012 yang berlangsung serentak di Ukraine dan Poland baru-baru ini.
Ketika ini terdapat empat kategori haiwan telah dipilih oleh sebuah kelab peminat, Kharkiv Fan Zone yang berpusat di Ukraine untuk menjadi ‘tukang tilik’ sepanjang kejohanan. Antaranya, Citta the ElephantFuntik the PigYvonne the CowFred the Ferret dan beberapa haiwan lain.
Fenomena Paul yang dilahirkan di England dan mendapat status kewarganegaraan di sebuah perkampungan di Sepanyol, menyebabkan rakyat di Jerman seakan-akan taksub dengan haiwan peramal.

FFTIe EURO 2012 “Taksub kuasa tilikan binatang”SOTONG kurita, Paul mencipta fenomena tilikan selepas haiwan itu berjaya meramal dengan tepat pada perlawanan akhir Piala Dunia 2010.

Seperti juga Sissi dan Rosi yang terpaksa bergelut membuat ramalan mereka, barisan haiwan-haiwan terpilih yang rata-ratanya dibesarkan di zoo, turut berdepan tugas sukar.
Fred the Ferret (Fred), yang menetap di Zoo Kharkiv, Ukraine merupakan pilihan terbaik setakat ini selepas Paul. Dia dipilih dalam kalangan peminat-peminat pasukan bola sepak tempatan, Metalist Kharkiv yang juga dikenali dengan gelaran Ferret.
Ahli kelab pasukan itu juga menjadikan feret sebagai maskot mereka.
Pengurus projek Kharkiv Fan Zone, Sergei Kharkov berkata: “Poland mempunyai gajah untuk membuat tilikan, jika tidak salah dinamakan Citta.”
“Moscow pula mempunyai marmoset (Callithrix jacchus salah satu spesies monyet), Kiev mempunyai Khryak, seekor khinzir, tetapi kami mempunyai haiwan yang paling comel dan jinak, iaitu seekor feret.
“Fred mempunyai masa selama 15 minit di Fan Zone dan dalam tempoh itu ia akan meramal pasukan mana yang akan menang.”
Kehadiran Fred dalam dunia ramalan bola sepak bagaimanapun masih belum teruji sepenuhnya. Ketika perlawanan peringkat pertama antara tuan rumah, Poland dan Greece, Fred meramalkan ia berakhir dengan keputusan seri. Ramalan itu memang tepat.
Pengendalinya menyimpulkan berdasarkan tingkah laku Fred yang enggan duduk di dalam kedua-dua mangkuk berisi daging segar di hadapannya. Bendera kedua-dua negara diletakkan berhampiran mangkuk berkenaan.
Bagaimanapun, ketika perlawanan di antara Rusia dan Republik Czech, Fred turut membuat ramalan yang sama iaitu seri, biarpun keputusan berakhir dengan kemenangan berpihak kepada Rusia dengan jaringan 4-1.
Namun, Fred berjaya menebus kesilapannya apabila meramalkan dengan tepat kemenangan Jerman ke atas Portugal dan kemenangan Denmark ketika menentang Belanda baru-baru ini.
Seperti Fred, haiwan-haiwan lain juga kini bergelut mencipta kemasyhuran seperti yang pernah dikecapi oleh Paul kira-kira dua tahun lalu.
Citta the Elephants dari Zoo Krakow, Poland turut gagal dalam percubaan pertamanya.

Gagal percubaan
Gajah betina berusia 33 tahun itu sebelum ini meramalkan tuan rumah, Poland bakal memenangi perlawanan pembukaan Euro 2012 ketika menentang Greece pada Jumaat lalu.
Bagaimanapun, ramalan itu tidak tepat apabila kedua-dua pasukan terikat 1-1 sehingga ke akhir perlawanan.
Terdahulu, Citta, gajah berasal dari India mula menjadi sebutan peminat bola sepak dunia selepas meramalkan kemenangan pasukan Chelsea di pertandingan akhir Liga Juara-Juara menentang Bayern Munich pada bulan lalu.
Kejayaan itu membolehkan Citta mengalahkan kedua-dua pesaingnya iaitu Katherine the Donkey danJacko the Parrot.
Sementara itu, kemampuan Yvonne the Cow, lembu yang keras kepala dari Jerman juga masih dipertikaikan.
Diletakkan harapan tinggi untuk menggantikan tempat Paul, Yvonne membuat keputusan yang kurang popular di negaranya apabila meramalkan pasukan Jerman kalah kepada Portugal pada perlawanan malam Sabtu lalu.
Bagaimanapun, pasukan Jerman berjaya menewaskan Portugal 1-0.
TkN71 EURO 2012 “Taksub kuasa tilikan binatang”KEMAMPUAN Yvonne the Cow, lembu yang keras kepala dari Jerman juga masih dipertikaikan.

Yvonne, mula terkenal selepas media melaporkan kisah haiwan itu yang berjaya mengelak daripada disembelih dengan melarikan diri dari Austria sehingga ke Bavaria pada Mei tahun lalu.
Selepas bergelut melepasi pagar elektrik, lembu betina itu bersembunyi di hutan kecil selama hampir empat bulan sebelum ditangkap semula dalam satu operasi besar-besaran.
“Ia mempunyai karakter dan personaliti,” kata penyampai radio Bayern 3, Ulli Wagner, stesen radio yang bertanggungjawab menghebahkan ramalan Yvonne.
Sementara itu, Funtik the Pig, babi yang berasal dari Ukraine agak bernasib baik kerana berjaya meramal dengan tepat empat daripada enam keputusan perlawanan di peringkat kumpulan pada kejohanan berkenaan.
Haiwan itu membuat ramalan dengan memilih antara dua mangkuk makanan yang diletakkan berhampiran bendera kedua-dua pasukan yang bertanding.
Sehingga kini, Funtik atau dikenali juga sebagai Khryak berjaya meramalkan kemenangan pasukan Rusia, Denmark, Jerman dan Croatia.
Funtik juga tidak terkecuali melakukan kesilapan apabila meramalkan pasukan Perancis menewaskan England dan Sweden kalah kepada Ukraine.
Apa pun, masih terlalu awal untuk menentukan haiwan manakah yang bakal membuat ramalan paling tepat sekali gus mampu menyaingi kemampuan Paul.
Adakah, Paulus the Octopus, sotong kurita yang dilahirkan di Jerman dan kini tinggal di sebuah akuarium di Porto, Portugal serta disebut-sebut bakal menjadi Paul II mampu mengatasi rekodnya itu.?Kita tunggu dan lihat.

NASIHAT : Percaya pada penilikan adalah tahyul dan boleh mendatangkan syirik.

Thursday, June 21, 2012

WANITA MENGANDUNG 12 EKOR ANAK SOTONG


Seorang wanita berusia 63 tahun dari Korea Selatan menjadi hamil dengan 12 anak sotong setelah makan sotong yang telah dimasak menurut laporan saintifik dari Pusat Nasional Bioteknologi (NCBI) di Maryland, Amerika Syarikat.
Wanita tersebut termakan karung sperma sotong berkenaan dan membuatkan anak-anak sotong berkenaan menyelinap masuk ke bahagian pipi , lidah dan gusi beliau.
Wanita itu pergi ke doktor dan mendapati bahawa terdapat organisma seperti sejenis parasit telah melekat di sekitar mulut beliau. Setelah kajian terperinci dibuat, barulah doktor kenal pasti yang berada dalam mulut wanita tersebut adalah baby sotong .
Menurut wanita berkenaan, dia tidak menelan bahagian tersebut serta merta, tetapi beliau meludahkannya setelah terasa ada sesuatu yang menusuk ke dalam mulutnya.

NASIHAT: Makan la bahagian lain kak oi.  Kenapa karung sperma jugak yang menjadi pojaan hati mu..

Thursday, June 14, 2012

Salam!

Hari ni hari pertama I tulis blog ni. We all slalu tau benda-benda menarik dari surat khabar, TV, facebook, blog dan lain-lain2. Yang xbest nya slalu kita org yg last2 tau. Bila nak bukak crite je org lain cakap," owh yang tu? tau dh..". I paling tension bila tengah semangat cerita tiba-tiba orang potong stim macam tu. That's why I berazam untuk cari info-info terkini dan berkongsi dengan korang. Oklah, I harap korang akan mendapat manfaat dan terhibur daripada info-info yang akan diketengahkan.